Thursday, 13 October 2016

3 CARA MUDAH HILANGKAN RASA TAKUT DALAM BISNES



Setiap orang tidak dapat dinafikan mempunyai perasaan takut lebih-lebih lagi jika kita berada dalam dunia perniagaan samada kecil-kecilan mahupun besar-besaran. Antara senario ketakutan yang popular adalah seperti takut orang tidak beli, takut pelanggan marah, takut orang lain kecil hati, takut bisnes bungkus, takut hilang kawan-kawan dan macam-macam lagi. 

Perasaan takut dalam bisnes memanglah menjadi satu perkara yang lumrah, samalah juga rasa takut ketika berada di tempat tinggi walaupun tubuh dilengkapi dengan carabena atau tali yang mampu menampung berat sebuah lori, kita masih punyai rasa takut. Jadi adakah rasa takut ini akan hilang dengan sendirinya ataupun ia akan melarat kepada penyakit hati yang lain. Adakah ia lebih memberi manfaat atau memudharat? 

Baiklah mari kita lihat 3 Cara mudah untuk menghilangkan rasa takut dalam bisnes :    



#1 TAMBAH ILMU

Kebiasaannya hanya orang yang jahil sahaja yang mempunyai rasa takut yang lebih-lebih sebagai contoh jika masih jahil tentang ilmu penyampaian, maka penyampaian di depan pelanggan pun ke laut, rama-rama pun banyak dalam perut. Jika tidak mahir selok belok bisnes, maka perasaan takut gagal pun jadi tebal. Maka apa yang perlu kita lakukan adalah cari ilmu, mahirkan diri dengan area-area yang anda masih lemah lagi. Jangan berlagak pandai seperti sudah pandai. Ia akan memusnahkan bisnes anda. 



#2 UBAH PERSEPSI ANDA

Ketakutan juga merupakan satu persepsi negatif terhadap sesuatu. Sebagai contoh kita tidak takut dengan kubur sekiranya kita pergi pada waktu siang atau terang, tetapi anehnya kita menjadi kecut apabila pergi ke kubur seorang diri pada waktu malam yang gelap. 

Persepsi gelap, sunyi dan seorang diri lah yang menjadikan kita rasa seram dan takut, bukan kubur itu yang kita takut. Samalah halnya dengan bisnes, sekiranya seseorang berada di bawah atau perniagaan yang mengecut, seseoranng itu lebih rasa takut. Dalam hal ini  apa yang anda perlu adalah ubah persepsi diri teruskan fokus anda pada kerja dan usaha. 



#3 LUPAKAN KISAH KETAKUTAN SILAM ANDA

Sekiranya seseorang itu mempunyai banyak kisah takut dan seram semasa silamnya, maka kebarangkalian besar hidupnya sekarang banyak dibelenggu perasaan takut yang sangat melampau. Tanpa disedari sebenarnya pengalaman masa silam seperti inilah yang  mengawal hidup kita. Saya ambil contoh kisah diejek ; " Ayoyok tak tahu dia buat..." Adalah pengesahan dalaman yang selalu kita dengar tiap-tiap hari semasa di sekokah dahulu. Akhirnya apabila besar kita, waimma hedak membuat keputusan pun asyik-asyik takut orang lain kecil hati atau terguris. 

Antara cara yang mudah untuk menghilangkan ketakutan silam adalah dengan menggunakan kaedah Timelime Therapy : Pemadam Ketakutan. 

Akhir kalam semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini. All the best.