Wednesday, 21 September 2016

3 SEBAB KENAPA BERFIKIR NEGATIF DIHARAMKAN DALAM BISNES



Untuk maju dalam perniagaan, kita semua perlu fikir, rasa dan bertindak positif bukan negatif. Ramai pakar motivasi dan tokoh usahawan mengajak kita berfikir positif walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Ya kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua topik agak sensitif ini yang mampu membuat orang tersentap. Sebelum itu saya tegaskan di sini bahawa topik ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati dan tiada kena mengena dengan sesiapa sekali pun. Ia hanya sekadar pengalaman hidup serta pengamatan saya dalam dunia niaga. 

Mungkin anda nak tahu dengan lebih khusus apakah perkara yang dikatakan negatif  dalam dunia  perniagaan, samada sedar ataupun tidak antara contoh perkara negatif yang sering berlaku adalah seperti mengata di belakang, mengumpat, merajuk, merungut. cemburu dengan kejayaan orang lain, dengki, bermuka-muka, mengadu domba dan macam-macam lagi. Berada di dalam kasut negatif bukan sesuatu yang menguntungkan kita, malahan sangat merugikan. 

Ada yang bertanya, apa salahnya jika mengata, apa salahnya jika merungut atau apa sekalipun itukan hak masing-masing, asalkan kita puashati!. Ya saya setuju dengan pendapat itu tetapi saya nak kongsi bersama di sini 3 SEBAB kenapa seorang peniaga itu tidak boleh nagatif. Teruskan membaca...


#1 SEGALA JALAN DAN USAHA MENJADI BUNTU

Cuba perhatikan orang yang sentiasa nagatif, mereka sukar mencari jalan bagaimana nak maju dalam perniagaan yang mereka buat. Segala usaha mereka tidak menjadi. Sehari orang tidak singgah di gerai mereka, mereka fikir dan rasa bisnes mereka sudah tiada harapan, mereka fikir ini mesti ada orang yang dengki dengan mereka, mereka asyik menyalahkan orang lain dan sebagainya. Akhirnya mereka terperangkap dengan segala kegagalan yang silih berganti. 


#2 IA MENJADI BEBANAN YANG SEMAKIN BERAT

Semakin banyak seseorang itu bercerita dan bersembang nagatif, tanpa disedari bebanan diri semakin berat. Ia tidak akan selesai di situ sahaja sebagai contoh rasa tidak puashati, akan menyebabkan mereka kepada rasa benci, rasa marah, rasa letih, lesu, buntu dan bermacam-macam lagi rasa . Perasaan ini semakin lama semakin membebani jiwa dan raga. Manusia jenis ini sering tertekan dan akhirnya mungkin jatuh sakit. Hidup mereka juga tidak aman dan sentiasa tegang. Nak berniaga pun muka ketat apatah lagi nak kenal atau buat rapport dengan pelanggan, memang jauh sekali.


#3 IA MEMBUANG MASA BINSES SAHAJA

Sebab saya haramkan negatif dalam perniagaan adalah antaranya ia sangat membuang masa dan tenaga kita sahaja sahaja. Sebagai contoh disebabkan marah kepada pengguna jalan raya yang tidak reti bahasa kita mungkin mengambil masa satu jam untuk bercerita, tak puashati dengan orang lain,kita mungkin mengambil masa satu jam lagi untuk mengata. Kan dah dua jam masa kita hilang. Bukan masa kita sahaja, tetapi masa orang lain juga hilang. Sesunggunya masa itu emas, sekiranya anda memberikan masa sehari dua jam untuk aktiviti perniagaan seperti merancang, membuat pemasaran online dan sebagainya, mungkin nasib bisnes anda menjadi lebih baik. 


Akhir kalam, apa yang sebaiknya adalah bercerita tentang peluang bagaimana nak majukan perniagaan. Bergosiplah dengan perkara-perkara positif sebab ia memberikan jalan dan peluang untuk lebih maju dalam perniagaan. Segala masalah boleh selesai jika kita lebih bersikap positif. 

Sekian terima qaseh kerana membaca...