Thursday, 25 August 2016

RASA BERSALAH DALAM BISNES : 3 CARA BAGAIMANA ATASINYA DENGAN MUDAH




Rasa serba salah untuk berkata benar, rasa serba salah untuk bertindak dan macam-macam lagi rasa serba salah  akan membantutnya segala usaha murni anda di dalam hidup lebih-lebih lagi dalam dunia perniagaan. Sebagai contoh hendak membuat posting di face book takut nanti orang kecil kecil hati, hendak membuat pertemuan dengan rakan seperjuangan anda, takut ada orang sentap, hendak memberi pandangan takut orang lain kecil hati. Semuanya ibarat kata pepatah 'ditelan mati emak, diluah mati bapak'

Apabila rasa bersalah menebal, maka rasa sedih pun datang menyelubungi diri. Akhirnya segala apa yang dirancang tergendala. Siapa yang rugi? diri sendiri juga yang rugi. Di dalam istilah psikologi masalah ini dinamakan assertiveness, kebolehan berkata tidak kepada orang lain. Satu masalah umum yang  dihadapi oleh masyarat bukan sahaja di Malaysia tetapi satu dunia.

Berikut adalah beberapa cara bagaimana anda boleh menghilangkan rasa bersalah dalam perniagaan dan kehidupan seharian :



#1 TIDAK MENGAMBIL HAK ORANG LAIN. 

Secara amnya apa yang membuatkan seseorang itu rasa bersalah adalah apabila mereka buat salah atau mengambil hak orang lain. Sebagai contoh mencuri database pelanggan kawan, cross sell kawan punya pelanggan dan lain-lain. Orang yang mengambil hak orang lain ini biasanya hidup tidak tenteram. 

Garis panduan tentang tidak mengambil hak orang lain dalam perniagaan juga telah dijelaskan dalam Islam secara nyata sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud :   

"Wahai orang-orag yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku suka sama suka di antara kamu.." (An Nisaa 4:29)


#2 JANGAN RISAU PASAL ORANG LAIN, FOKUS PADA DIRI SENDIRI DAHULU.

Setiap tindakan anda tidak akan boleh memuaskan hati semua orang sebab setiap orang mempunyai hak untuk memiliki pandangan dan persepsi sendiri. Lakukan asalkan ia benar dan berani kerana benar. 

Sikap terlalu memikirkan pasal orang lain akan menjadi hidup kita lemas tidak ke mana. Fikirkanlah jua tentang diri kita dan keluarga kita dahulu sebab masa itu tetap pantas berlalu. Jika kita tidak fokus pada diri kita dan keluarga kita, siapa lagi yang kita boleh harapkan?  



#3 APA JUA RESPON ORANG, ITU ADALAH HAK MEREKA.

Satu perkara lagi yang perlu anda tahu adalah reaksi atau respon orang lain itu adalah hak masing-masing, anda sedikitpun tiada kawalan ke atasnya. reaksi ini lah yang dinamakan bulatan luar kawalan atau circle of no control Jadi janganlah terlalu risau sangat. Jika mereka nak sentap, marah dan merajuk itu hak mereka. Apa yang penting anda tidak buat salah dan teruskan lagi usaha anda dalam perniagaan. Teruskan fokus dengan hak anda memajukan lagi usaha dalam bisnes anda. Jangan lah risau sebab rezeki yang kita cari itu berada di tangan Nya. 

Akhir kalam, semoga anda terus maju dalam perniagaan yang diceburi.  


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekal sihat sepanjang hari bersama produk Qaseh Gold? sila klik di sini.

Nak tahu kenapa ramai orang memilih Produk Qaseh Gold untuk seisi keluarga? sila klik di sini juga.