Thursday, 18 August 2016

PROGRAM 3-JAM DIET : SEDIKIT ILMU DIET YANG PERLU ANDA TAHU









Apabila terdengar sahaja perkataan diet, kita mungkin tergambar di benak fikiran seperti terpaksa kawal makan, kena berlapar, tak boleh makan yang sedap-sedap, dan macam-macam lagi pantang larang. Adakala terkifir macam orang sakit pun ada! Sebenarnya itu semua adalah mitos yang menyebabkan orang ramai bersikap negatif terhadap berdiet. Lataran ramai orang akan terbeban dengan tabiat pemakanan mereka yang sedia ada.
Banyak kajian-kajian yang saya baca tentang diet dalam tempoh beberapa bulan yang lepas. Apa yang paling menarik dan seronok saya dapati adalah ada pandangan pakar fitness yang mengatakan 'kita boleh makan apa sahaja yang kita mahu' contoh kari kepala ikan, roti canai, burger, pizza dan lain-lain lagi asalkan kita makan ikut masanya. Alhamdulillah... boleh saya terus menikmati makanan kegemaran saya... 

Secara amnya jika anda tidak cukup makan, tubuh kita akan memasuki mod kelaparan 'starvation protection mode'. Mode ini akan memberikan satu rasa selamat dengan makan yang banyak. Mode inilah yang membunuh ramai manusia di dunia ini. 
Program 3-Jam Diet yang disarankan oleh seorang  pakar Fitness Jorge Cruise, menyarankan dengan makan 5 kali sehari, kita mampu mengawal dan mengurangkan berat badan dalam beberapa minggu sahaja. Menurut beliau juga, makan sedikit tetapi berkala setiap 3 jam mampu menambahkan lagi fungsi metabolisma seseorang dengan baik. 

Ya sediki, kerap dan seimbang boleh menguatkan lagi potensi pembakaran lemak tubuh. Berikut adalah beberapa rule dalam program 3-Jam Diet ini :

#1 Sarapan dalam tempoh 1 jam selepas bangun pagi. 
Ambil lah sarapan jika tidak berat, yang ringan-ringan pun memadai. Kelewatan bersarapan akan menyebabkan perut terlalu lapar dan ia akan mengaktifkan kembali 'Starvation mode' seseorang dengan pantas. Itu amat bahaya. Ambillah sarapan yang agak berat sikit dalam lingkungan 400 ke 450 calori untuk sarapan. Jika tidak berkesempatan, saya sarankan anda mengambil produk Qaseh Gold, Alhamdulillah ia sangat membantu saya selama ini, berkhasiat serta sihat.   

#2 Makan setiap 3 jam Melainkan Semasa Tidur.
Cabaran kita yang seterusnya adalah makan di antara sarapan dan makan tengahari dan di antara makan tengahari dan makan malam. Waktu inilah  yang  selalu orang dilema samada hendak makan atau tidak. Jika kita skip kudapan ini, hasilnya apabila masuk waktu makan tengahari atau makam malam, kita mungkin akan masuk mode kelaparan. 

#3 Berhenti Makan 3 Jam Sebelum Tidur.

Tidak perlu makan yang berat-berat dalam masa 2 atau 3 jam sebelum tidur, sebab pembakaran calori slow pada waktu tidur. Segala kalori yang diambil pada waktu tu hanya tersimpan menjadi lemak sahaja sahaja. Jika perlu makan, ambillah bua-buahan sahaja.  


#4 Makan ikut kadar kalori yang disarankan. 
Ilmu tentang pengambilan calori ini merupakan ilmu yang agak menarik sekali untuk kita terokai bersama. Secara umumnya seorang wanita membakar 1500 calori manakala seorang lelaki dewasa akan membakar 2000 calori sehari tanpa melakukan apa-apa aktiviti senaman. Jika seseorang itu mengambil 3000 calori dan hanya membakar 2000 calori sahaja dalam sehari, maka dalam tempoh 8 hari berat badannya akan naik sebanyak 1kg. Sebab itu kita sarankan unttuk mengambil sejumlah 1500 calori sehari. Ketahuilah jumlah kalori pada makanan, seseungguhnya informasi kini berada di hujung jari. 
   

Segala ilmu yang cetek ini adalah apa yang dapat membantu saya juga pada saat ini. Alhamdulliah banyak pengalaman serta nikmat yang saya mula kecapi semula selepas mengamalkan sesei 3-Jam Diet seperti yang dikongsiakan tadi. 

Akhir Kalam, semoga ia dapat memberikan ilmu kepada anda semua agar dapat mengecapi nikmat sihat sepanjang masa. 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Sila share link ini jika anda suka perkongsian saya ini. 

Nak kekal sihat dengan mudah, sila klick di sini.