Tuesday, 16 August 2016

PENYAKIT MALU DALAM JUALAN - BONGKAR 5 RAHSIA HILANGKAN RASA MALU.






Pepatah Melayu ada mengatakan 'malu bertanya sesat jalan'. Begituah juga prihalnya 
dengan sikap malu menjual yang akan membunuh segala impian seorang usahawan. Dari mana datangnya malu? Rasa malu ini berpunca daripada rasa takut dan risau yang begitu menebal.  Takut apa? takut sekiranya kena reject oleh prospek, takut kalau barang tidak laku, takut orang tidak mahu dengar apa yang ingin disampaikan, takut kawan-kawan left group, takut orang kata itu ini dan sebagainya. 

Ibarat satu penyakit, malu dalam jualan ini perlu diubati dengan segera jika tidak seseorang itu akan hidup terseksa penyakit ini sampai bila-bila. Ia ibarat belenggu yang menyekat seseorag daripada kemajuan dalam hidup. Berikut adalah beberapa cara bagaimana untuk mengatasi malu ketika membuat jualan yang boleh diamalkan :

#1 Jual Manfaat Bukan Ciri Produk


Prospek tidak mahu membelil produk yang anda mahu jual, mereka lebih suka membeli manfaat produk yang produk yang ingin jual kepada mereka. Sebagai contoh, prospek tidak membeli produk Qaseh Junior sebab ciri produk itu tetapi mereka membeli junior sebab khasiatnya yang membantu mengekalkan kesihatan anak-anak mereka. Tetapi bagaimana dengan ciri istimewa sesuatu produk? Ya ia masih penting sebab ciri istimewa itulah yang mampu memberikan manfaat kepada prospek. Sekiranya anda lebih fokus kepada berkongsi manfaat kepada prospek anda, maka rasa malu menjual akan terpadam secara automatik.


#2 Jadikan Ia Sebagai Satu Permainan Atau Assigmnent.


Anda mungkin pernah menonton cerita fear factor  atau treasure hunt di mana setiap check point akan ada assignment baru yang membuatkan peserta teruja. Dan yang anehnya peserta yang paling pemalu pun tidak akan rasa malu apabila menyertai program sebegitu. Jadi dalam jualan pun anda perlu meletakkan diri anda dalam situasi begitu sebagai contoh assignment seterusnya "anda mesti berdiri dikhalayak ramai di pasar malam dan edarkan 300 flayer dalam tempoh maksima 4 jam'. Jadikan jualan sesuatu perkara yang menarik  sebab selling is fun.


#3 Gunakan Anchor Yang Power : '1 2  give! 1 2  give! 1 2 give!'



Di dalam menjual masalah yang paling besar adalah masa hendak memulakan bicara. Bayangkan jika anda berada di tengah-tengah shopping complex yang ramai orang. Anda cuba menjual produk anda dan anda rasa kaki anda begitu kaku untuk keluar dari belakang meja kaunter jualan, mulut anda terkunci membisu seribu batu, fikiran anda berfikir macam-macam yang tidak menentu dan tiba-tiba pada masa itu saya pun tolak anda ke depan dan berkata " common just do it! I know you can do it!"  Apa akan jadi? pada masa itu anda pun akan ke hadapan dan mulakan operasi jualan anda. Jadi tolakkan dan kata-kata saya adalah satu anchor yang baik dalam situasi ini. Cuba anda gunakan anchor ini dalam jualan ' 1 2 give! 1 2 give! 1 2 give!' Insya Allah ia mampu menghilangkan rasa malu dalam jualan.


#4 Rasionalkan menjual dengan kejayaan yang bakal dinikmati.


Cabar ketakutan anda dengan kejayaan yang bakal anda kecapi sekiranya anda berjaya mengatasi rasa malu. Secara lumrahnya, manusia memang suka dengan cabaran, maka cabarlah rasa malu ini. Rasionalkan perasaan malu dengan kejayaan yang lebih menjanjikan kebahagian dalam hidup. Berbaloi jika hidup kita dipenuhi dengan perasaan malu dan takut? 




#5 Buat Selalu Sehingga Sebati.

Jika selalu buat maka rasa malu pun akan hilang. Orang yang biasa menjual atau berkongsi lakan menjadikan diri mereka lebih mahir dan cekap menjual. Apabila kita cekap menjual, malu pun akan hilang selama-lamanya.



Akhir kalam, semoga tips di atas dapat membantu anda dalam jualan. 



----------------------------------------------------------------------------------------
Nak tahu rahsia menjual Mudah ikuti saya dalam siri latihan Sales Success Formula.  

Nak tahu rahsia manfaat produk Qaseh Gold? sila click di sini. 

Nak lebih cantik dan tampan bersama Produk Gojes by Qaseh Gold? sila click di sini.