Sunday, 28 August 2016

MINDA BAWAH SEDAR : 4 PERKARA YANG ANDA WAJIB TAHU.


Minda Bawah Sedar atau di dalam bahasa Inggeris disebut Sub Conscious Mind merupakan bahagian minda yang banyak mengawal majoroti kehidupan kita. Apabila saya tanya peserta dalam program Mind Mastery Program, sehari berapa kalikah mereka berfikir, mereka menjawab setiap waktu mereka berfikir. Tetapi sebenarnya kita silap sebab banyak benda dalam hidup kita tidak memerlukan daya fikir. Sebagai contoh, apabila anda melihat bayi menangis, apa yang anda akan lakukan? anda akan pujuk dia dan berkata : "ala buchuk buchuk sayang ni" dan anda akan berikan dia botol susu, begitulah juga apabila anda memasuki kenderaan, anda akan terus melakukan perkara yang selalu anda buat seperti menghidupkan enjin, hidupkan air cond, betulkan cermin belakang dan sisi-sisi dan lain-lain lagi. Adakah anda masih perlu berfikir untuk melakukan perkara-perkara berikut atau ia berlaku secara automatik?     

Perbuatan yang automatik itu sebenarnya adalah di dalam kawalan Minda Bawah Sedar kita. Pada kali ini saya ingin mengajak anda mendalami apakah komponen-komponen yang terdapat di dalam minda bawah sedar yang perlu anda tahu, antaranya adalah ; 


#1 NAFSU

Nafsu meliputi baanyak sudut seperti nafsu makan, nafsu tidur, nafsu main, nafsu marah, nafsu seks dan macam-macam lagi. Nafsu merupakan keinginan yang kita miliki sebagai contoh nafsu memiliki kereta idaman, rumah yang besar, isteri yang cantik macam cik lopah dan macam-macam lagi.  Lawan kepada nafsu adalah akal. Seorang wanita mungkin mempunyai nafsu yang lebih berbanding dengan lelaki, sebab itu yang selalu nak tukar lagsir atau perabot adalah isteri berbanding dengan suami. Adakah nafsu ini boleh dikawal secara sedar? Jawabnya adalah ya. 
Nafsu makan terdidik dengan kita berpuasa tetapi kenapa masih ramai anak-anak muda yang tidak berpuasa di bulan Ramadan? Itu nama kalah dengan turutan nafsu. Nasfu perlu disiplin yang kuat untuk dibentuk kepada yang lebih baik. 

#2 TABIAT 

Perkara yang tidak biasa kita buat, pada permulaannya amat sukar untuk kita lakukan sebagai contoh memberi greeting kepada anak atau pasangan setiap hari. Kenapa sukar? sebab belum menjadi tabiat. Apabila kita buat setiap hari, maka ia akan menjadi mudah.

Samada baik atau tidak baik, apabila tabiat sudah terbentuk maka ia akan mengawal kehidupan kita baik kita suka atau tidak. Pada masa itu seolah kita tiada pilihan. 


#3 EMOSI

Di sini juga terletak emosi dan manusia adalah antara mahluk yang mempunyai emosi kuat. Rasa sedih atau gembira antara contoh yang paling mudah. Emosi ini kebiasaannya berbentuk peribadi, contoh ada orang menonton cerita Dilwale atau  Ombak Rindu mampu menitiskan air mata. Itulah antara penangan emosi yang terletak di minda bawah sedar. Perasaan ini akan datang secara semula jadi.  
Sekiranya kita menggunakan emosi untuk kebaikan maka kita akan lebih cepat berjaya. Sekiranya kita gunakan emosi untuk kejahatan, maka seseorang akan lebih cepat musnah. 


#4 GEDUNG MEMORI HIDUP ANDA

Perkara seterusnya yang saya nak kongsi bersama anda adalah di minda bawah sedarlah terkumpulnya segala pengalaman hidup yang kita semua lalui. Ia tidak hilang sedikit pun, tetapi hanya tersimpan di gedung memori kita sahaja. Apabila kita memerlukannya kita hanya perlu buat carian, jika mahu lebih buat carian gunakan teknik atau linggo Minda Bawah Sedar.   

Baiklah sebagai rumusan, kita semua tahu bahawa banyak perkara dalam hidup ini telah dikawal rapat oleh minda bawah sedar ini, cuba anda bayangkan jika seseorang itu mempunyai masalah takut dalam berniaga, tahukah mereka bagaimana nak reset minda bawah sedar untuk atasi rasa takut?. fikir-fikirkan..   

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nak tahu lanjut tentang Minda Bawah Sedar, jom ke Mind Mastery Program? Sila klik di sini.