Monday, 8 August 2016

KUKUHKAN INCOME ANDA DENGAN 5 CARA EFEKTIF INI


Memiliki pendapatan yang diidamkan sememangnya menjadi perkara utama yang sentiasa bermain dalam fikiran setiap orang. Sudah harus ia bertujuan untuk membina kehidupan yang selesa dan lebih baik untuk diri sendiri mahupun keluarga lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang agak mencabar sejak kebelakangan ini. Ramai yang masih tercari-cari cara bagaimana boleh memiliki pendapatan idaman masing-masing, lantaran ramai yang mencuba pelbagai cara seperti membuat kerja sambilan, pelaburan, berniaga dan macam-macam lagi. Sebenarnya, tidak kira di mana dan apa jua yang kita sedang lakukan, kita mampu untuk memiliki pendapatan yang kita mahukan.

Sesungguhnya aqal itu adalah senjata manakala ilmu itu adalah kuasa, siapa yang mempunyai ilmu tentang kewangan yang tinggi maka ia lebih banyak membantu kehidupan dari aspek kewangan. Tetapi jika jahil, itulah antara faktor yang akan menjadikan kewangan seseorang itu 'ke laut'.

Berikut adalah beberapa cara membina kewangan hebat yang harap-harap boleh dijadikan panduan : 

1. BETULKAN PARAMETER ALIRAN KEWANGAN ANDA.
Sebelum kita bicara tentang bagaimana nak tambah income, lebih baik jika kita bicara sedikit tentang bagaimana nak membelanjakan pendapatan dahulu. Secara ringkasnya anda perlu membahagikan pendapatan anda secara seimbang kepada beberapa bahagian iaitu simpanan, perbelanjaan dan liabiliti. Sekiranya perbelanjaan dan liabiliti mendominasikan aliran pendapatan anda maka harus berjaga-jaga sebab anda sedang berada di dalam penjara. Sekiranya simpanan anda melebihi perbelanjaan dan liabiliti, Tahiah! anda adalah bebas. 

2. TAMBAH KOMPITENSI DIRI DAN BOLEH BERKERJA KERAS. 
Untuk jangkamasa panjang seseorang yang berkerja makan gaji ataupun berniaga sendiri perlulah berkerja keras dan menambahkan kompetensi kerja masing-masing sebab orang yang sebegini adalah aset besar kepada syarikat ataupun perniagaan. Kebiasaannya golongan inilah yang akan menerima bonus yang lebih tinggi, mendapat kenaikan pangkat, kenaikan gaji dan juga menambah nilai pasaran yang tinggi dalam bidang masing-masing. 

3. BUAT LAH BISNES SAMBIL-SAMBILAN. 
Jangan lah terlalu ta'asub dengan waktu lapang yang anda miliki. Ramai orang yang tidak sanggup mengorbankan hari sabtu atau ahad masing-masing dengan tanggapan bahawa itulah waktu bersama keluarga dan sebagainya. Tapi dalam waktu yang sama merungut sebab tidak cukup duit. Maka belajarlah untuk melakukan kerja-kerja sambilan seperti berniaga online, jadi agent dropship dan lain-lain asalkan ia halal dan berkat.

4. MAJUKAN BISNES YANG SEDIA ADA
Bagi sesiapa yang mempunyai perniagaan samada kecil-kecilan ataupun sederhana, majukan lah perniagaan anda yang sedia ada sehingga ia mampu menjana pendapatan lebih. Jangan terlalu ghairah untuk membuat bisnes yang lain sebab ia melibatkan masa dan sumber yang lebih besar dan juga risiko tinggi.  


5. PELABURAN - MONEY AT WORK. 
Konsep money at work merupakan satu cara menjana pendapatan pasif atau aktif yang sangat hebat. Inilah cara yang paling baik bagi kita semua sebab ia tidak melibatkan waktu dan tenaga. Bagi sesiapa yang mempunyai modal lebih tu, laburkan lah wang anda untuk menjana  pendapatan lebih. Tetapi harus dalam pelaburan tiada istilah untung cepat atau nak duit cepat. Sekiranya tidak sabar, jangan bermimpi untuk melabur sebab takut jadi mangsa skim cepat kaya dan yang seumpama dengannya.

Akhir kalam, saya doakan semoga anda dapat secebis ilmu dari perkongsian yang biasa-biasa ini. 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


#CashFlowManagement 
#MindMasteryProgram
#SalesSuccessFormula
#RecruitementDrillingProgram