Wednesday, 3 August 2016

MARAH ADALAH KANSER KEPADA KEJAYAAN



'Jika kamu marah, kamu akan dijual, semua harga kamu akan dirampas!' Itulah kata-kata Ahmad Nifsu dalam filem Tiga Abdul arahan Tan Sri P. Ramli yang memberi mesej kuat tentang bahaya marah. 

Kita mungkin merasakan bahawa rasa marah adalah perkara biasa bagi setiap orang, kebiasaannya selepas marah seseorang akan cool down, marah lepas tu cool down, nampak biasa bukan? Tetapi walaupun ia nampak biasa tetapi perlu diingat marah memberi negatif kepada semua di sekeliling kita. Ia ibarat penyakit. 

Penyakit jenis ini akan berjangkit dan merebak dengan pantas. Daripada marah tumbuh pula penyakit lain seperti dendam kesumat, parang saraf, bergaduh, benci, muka ketat, menyampah, sentap, stress, murung, putus asa, sakit dan lain-lain lagi. 

Berpunca dari rasa marahlah sesuatu silaturahim boleh terputus sampai bila-bila. Berpunca daripada marahlah permusuhan kian melarat. Berpunca daripada marahlah orang sanggup berbunuhan dan macam-macam lagi.  


PUNCA-PUNCA YANG MENCETUSKAN KEMARAHAN
Sebelum saya kita pergi lebih dalam lagi, mari kita lihat bagaimana marah terjadi. Antara faktor yang boleh mencetuskan api kemarahan adalah : 

#1 RASA TIDAK PUASHATI.
Perasaan tidak puashati ini mampu mencetuskan bibit kemarahan dalam jiwa dan fikiran seseorang. Samada tidak puashati dengan kawan, pasangan, bos di tempat kerja atau sesiapa sekali pun. Rasa tidak puashati juga akan berpanjangan kerana ia merupakan unfinished business. Kadang-kadang orang boleh rasa tidak puashati sebab perkara kecil dan tidak masuk akal pun seperti tidak puashati sebab ikan bilis terlupa letak pada nasi lemak yang kita makan, tidak puashati sebab kak ngah dapat duir raya lebih, tidak puashati sebab harga minyak naik lagi dan macam-macam lagi. 

#2 RASA TERANCAM
Apa yang terancam? Seseorang itu juga akan menjadi marah kepada apa jua yang  mengancam diri, keluarga, masa depan dan lain-lain. Di dalam dunia pernigaan, apabila  orang tidak jadi membeli dengan kita, kita mungkin akan rasa marah sebab keuntungan bisnes terancam. Seorang ahli politik juga menjadi marah apabila kedudukan dan pengaruhnya mula terancam dan sebagainya.  

#3 RASA TIDAK ADIL
Rasa tidak adil, rasa teraniaya juga mampu mencetuskan kemarahan. Apabila kita rasa hak kita diambil, maka itu dirasakan amatlah tidak adil dan kita lebih mudah marah. Orang teraniaya mempunyai kecenderungan marah yang lebih tinggi dalam erti kata lain orang yang teraniaya lebih cepat sentap. 

#4 EGO TERCABAR
Kebiasaanya seorang yang ego atau maruah diri tercabar atau tercalar lebih cepat melenting atau melatah. Seorang lelaki secara stereotypenya mempunyai ego akan lebih cepat marah apabila ego mereka tercabar. Kadang-kadang sesuatu isu yang kecil pun boleh dijadikan besar disebabkan ego tercabar dan tergugat. 

Faktor-faktor di atas sangat tertakluk kepada bagaimana minda kita berfikir, bagaimana minda mencipta persepsi terhadap apa-apa jua yang mampu mencetus kemarahan. 

Begitulah hal cerita orang yang marah, jika tidak hartanya bankrup, jiwa, emosi dan minda pun boleh jadi bankrup. Hidup pun boleh jadi kosong. 

Jika kita sudah faham bagaimana perasaan marah terjadi, lepas ni bolehlah kita kawal bagaimana kita melihat sesuatu perkara itu secara rational agar ia tidak menyimbah api kemarahan yang kita ada. Barulah mudah untuk mencipta kejayaan. 



Nak tahu bagaimana kawal marah? jom ke Mind Mastery Program 
Ikuti siri marah yang setrusnya dalam artikel akan datang.