Monday, 15 August 2016

BUKAN SOTONG PUN BOLEH JAGA : 6 TIPS SUAMI MUKA BERSIH










Tahukah anda bahawa seorang lelaki bukanlah hendak sangat kulit yang cantik tetapi cukuplah sekadar kelihatan menarik. Seorang lelaki juga bukanlah mahu sangat kulit yang halus dan lembut tetapi cukuplah sekadar muka tak berserabut. Seorang lelaki juga bukanlah hendak sangat kulit yang putih tetapi cukuplah sekadar muka nampak sedikit jernih. Seorang lelaki juga bukanlah mahu kulit yang licin tetapi cukuplah sekadar agar tak nampak muka seposen. 

Lelaki mempunyai dilema untuk menjaga kulit lebih-lebih lagi muka. Mungkin takut nampak macam sotong ataupun takut orang kata jambu dna macam-macam lagi. Segala tanggapan itu adalah salah belaka, seorang lelaki sebenarnya perlu tahu bagaimana hendak menjaga ketrampilan diri agar nampak lebih menyerlah dan yakin. Tiada kena mengana dengan sotong atau jambu dalam hal ini. 
   

Baiklah di ruang ini saya nak kongsi beberapa tips bagaimana nak menjaga kulit agar muka tampak lebih segar bertenaga:  


#1 Solat 5 Waktu Yang Sempurna.

Seorang yang sempurna solatnya Insya Allah jiwanya akan lebih tenang dan tenteram. Ketentraman ini akan terpancar di raut mukanya menjadi muka relax dan tidak stress malahan lebih ceria hidupnya. Jika seseorang tertinggal solat, maka di dalam hatinya tetap rasa bersalah dan gelisah. Woi! bersalah dengan Maha Pencipta bukan dengan orang!  
   

#2 Minum Air Yang Mencukupi. 

Kekurangan minum air akan menyebabkan tubuh kita bermasalah. Bagi yang berusaha mengecilkan saiz seluar, jika kurang minum air, maka usaha akan menjadi sia-sia. Minum air kosong yang mencuckupi juga boleh melancarkan lagi proses detox. Apabila toxin sudah ternyah dari tubuh, kulit kita akan tamak lebih sihat dan segar.  


#3 Bersihkan Gigi & Murahkan Senyuman.

Orang yang giginya bersih biasanya murah senyuman. Orang yang murah senyuman nampak lebih mesra dan mudah didekati. Amalkan penjagaan gigi dengan baik seperti gosok gigi selalu, gunakan set penjagaan gigi seperti gloss, ubat kumur dan lain-lain. 

  
#4 Bersenam Setiap Hari

Terdapat banyak jenis senaman yang anda boleh lakukan. Apa yang penting adalah kita perlu tahu parameter senaman yang perlu kita lakukan. Berlari untuk apa, berjalan untuk apa, buat step-up untuk apa, buta plank untuk apa dan sebagainya. Lakukanlah senaman pada bila-bila waktu pun samada di rumah, tempat kerja dan lain-lain. Cara paling mudah adalah monitor steps anda sepanjang hari. Gunakan apps yang ada dalam smart phone anda.  


#5 Ambillah Makanan Tambahan Yang Sesuai. 

Mengambil makanan tambahan yang semulajadi dan tiada campuran kimia
juga mampu membantu menaikan seri wajah kita serta tenaga sepanjang hari. 


#6. Pilih Pakaian Yang Sesuai Dengan Tubuh Badan Kita.

Aspek pilihan pakaian yang sesuai juga dapat membantu lelaki atau suami agar kelihatan lebih bertenaga dan berketrampilan hebat. Ada pendapat mengatakan bahawa orang yang berbadan gempal tidak sesuai untuk memakai baju lengan pendek yang kotak-kotak sebab nampak lebih rendang berbanding dengan baju yang plain atau jalur menegak


Kepada isteri-isteri atau cik abang kat luar sana bolehlah amalkan tips di atas.. mana tahu lebih menarik dan yakin. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ramai juga yang menggunakan produk seperti Qaseh Gold untuk mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari serta kesihatan lain.