Tuesday, 30 August 2016

BOSAN BELAJAR : RAMAI DAH BERJAYA DENGAN 3 CARA MUDAH INI.

 



Belajar kerana terpaksa menjadi penyumbang utama rasa bosan. Begitu juga dengan penyampaian guru yang kurang menarik dan topik perbincangan yang tidak kena. Penyakit bosan belajar ni seolah menjadi satu perkara biasa dalam hidup kita. Ada juga orang yang belum datang kelas dah bosan. 

Seriuskah penyakit bosan belajar ini? Ya ia ibarat sakit kencing manis, mampu memusnahkan kehidupan seseorang. Apabila belajar menjadi bosan, tunggulah saat kejatuhan. Tidak kira dalam apa juga bidang sekali pun seperti jualan, latihan, masakan, pengurusan dan lain-lain lagi. 

Tapi walau apa pun, jika kita rasa bosan, maka kitalah yang perlu berubah sebab jika kita tidak belajar, kita lah yang akan rugi banyak ilmu yang berguna. Kepada sesiapa yang ada penyakit rasa bosan tu, cuba 3 cara simple ini : 


#1 Betulkan Niat Belajar

Cuba periksa semula niat atau matlamat anda belajar. Adakah anda benar-benar mahu belajar atau sebab nak mencari kelemahan guru. Apa yang anda pilih itulah yang anda dapat. Sekiranya anda tidak dapat memahami yang anda pelajari, itu adalah pilihan masing-masing. Sebab itu orang kata, malu bertanya sesat jalan. Jika niat belajar itu betul, Insya Allah ilmu itu lebih mudah dipelajari, walaupun anda hadir berkali-kali seperti kita belajar ilmu fardu a'in. 


 
#2 Beri Tumpuan Sepenuhnya Semasa Belajar 

Masalah utama pembelajaran adalah tidak fokus dengan apa yang disampaikan. Masalah ini bukan sahaja dialami oleh pelajar sekolah, bahkan yang dewasa pun sama. Sekiranya kita suka memberi alasan kelas boring dan lain-lain maka kita sudah pasti rasa bosan sepanjang zaman! Bagaimana nak beri tumpuan yang tinggi terhadap pembelajaran? cuba guna teknik ini. Setiap point yang diajar anda kata "oh begitu, Wow hebatnya! kenapa boleh jadi macam tu, lepas tu apa jadi" dan sebagainya. Insya Allah anda akan lebih fokus.   



#3 Kaitkan Point Dipelajari Dengan Kehidupan Sebenar
  
Jadikan apa yang pelajari sesuatu yang praktikal. Semua itu terpulang kepada anda, sebagai contoh jika anda sedang manghadiri program teknik jualan, maka kaitkanlah dengan bidang jualan yang anda ceburi. Kemahiran ini ramai yang tidak boleh buat. Jika di sekolah, murid yang bijak selalu buat teknik ini sebab itu mereka lebih rasa fun bila belajar. Jika ambil bulat-bulat sudah tentu belajar menjadi bosan, kan dah buang masa belajar seharian. Siapa yang rugi?

Baiklah akhir kalam, saya mendoakan semoga anda boleh menggunakan 3 cara mudah ini dalam pembelajaran anda. Jika kita berilmu, kita lebih mudah berjaya dan kita mampu menguasai dunia. 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Nak kekal bertenaga sepanjang hari? sila klik di sini.

Nak belajar menjual dengan hebat? sila klik di sini sekarang.