Sunday, 14 August 2016

'JIKA DIRI DIHARGAI, SIAPA YANG RUGI' - KETAHUI 4 CARA ISTIMEWA MENGHARGAI ANAK-ANAK.





Setiap orang mempunyai hati dan perasaan yang perlu dihargai serta dihormati. Kasih sayang dan belaian untuk merasai diri dihargai ini haruslah dihadiahkan sejak zaman kanak-kanak lagi, agar mereka mampu menjadi seorang insan yang lebih sempurna dewasa nanti. Islam juga menegaskan bahawa anak-anak yang dilahirkan dalam dunia ini adalah ibarat kain putih, dan ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan kepribadian mereka. Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud " Setiap kelahiran dilahirkan dalam keadaan fitrah" (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim). 

Mewujudkan suasana rasa dihargai mungkin nampak mudah untuk dilakukan oleh setiap ibu bapa tetapi lazimnya menjadi amat sukar jika ibu bapa itu tidak tahu bagaimana. Baiklah di sini saya mahu berkongsi bersama beberapa pendekatan atau cara untuk menjadikan anak-anak rasa istimewa dan dihargai :


#1 Ungkapan Keramat : "Mama sayang adik" "Mama rindu adik".

Ungkapan keramat seperti "I love you" dan "I miss you so much" adalah ungkapan yang paling susah untuk dilafazkan. Sedangkan ini adalah ungkapan paling berharga untuk semua orang. Cuba anda bayangkan jika seseorang berkata kepada anda "I miss you my dear" tentu cair bukan? Rasa dihargai bukan? Begitulah lumrah manusia yang mempunyai perasaan. Samalah juga dengan anak-anak. Melafazkan kata-kata keramat "I love you" bukan lah menjadi kebiasaan atau tabiat kita pun. Bagi memudahkan kita,  ungkapkanlah kata-kata keramat ini dalam beberapa bentuk yang lebih kreatif dan istimewa contoh melalui mesej, email, post card, sekeping nota dan lain-lain lagi yang ngam dengan cita rasa anak-anak. 


#2 Fokus Kepada Perkara Baik Yang Anak Buat. 

Dalam sehari sudah pasti anak-anak mempunyai macam ragam atau drama samada yang baik atau tidak. Jika anda asyik melihat kepada kelemahan mereka, maka mereka sudah pasti akan rasa kecewa dan frust. Maka fokuslah kepada perkara yang dia lakukan. Pujilah mereka sekiranya mereka melakukan benda-benda baik. 


#3 Jadilah pendengar yang baik kepada mereka.

Dengar lah cerita-cerita mereka dengan ikhlas. Mereka memang banyak cerita yang excited untuk dikongsikan dengan anda seperti cerita sekolah, cerita kawan-kwan, cerita minat mereka dan lain-lain lagi. Kesilapan besar yang selalu dilakukan oleh ibu bapa adalah memintas apa yang anak-anak ingin terangkan atau suarakan. Jika perkara ini berlarutan, maka jangan lah terkejut jika anak-anak menjadi kurang mesra dengan ibu bapa. 


#4 Luangkanlah Masa Anda Bersama Mereka.

Anak-anak akan menjadi sahabat baik anda sekiranya anda meluangkan masa dengan mereka secara one to one. Sebagai contoh mengajak mereka menemani anda jogging  juga mampu menjadikan mereka rasa dihargai. Banyak masalah dapat diselesaikan sekiranya anda berpeluang melakukan tip ini. 


Akhir kalam semoga kita semua berjaya melahirkan generasi yang lebih baik dan sempurna demi agama, bangsa dan negara. Sayangilah mereka tanpa syarat. 


-----------------------------------------------------------------------------------------


Makan produk Qaseh boleh jana pendapatan lebih, Sila click sini.