Wednesday, 17 August 2016

3 TIP PENTING MEMBINA NETWORK DALAM PERNIAGAAN


Di sebalik kejayaan sesebuah perniagaan pasti ada rangkaian network yang kuat dan ampuh, tidak kira apa jua bisnis sekali pun samada trading, perkhidmatan, contractor, MLM dan lain-lain. Di samping produk yang baik, network yang kuat juga akan menjadi pemangkin sesebuah kejayaan perniagaan yang gah dan kekal lama. 

Membina network ini adalah ibarat membina pengaruh dalam perniagaan. Ia harus dibina sejak mula kita perniagaan. Jangan risau, semua orang pasti boleh melakukannya dengan lebih mudah dengan beberapa cara berikut :


# 1 BINA RAPPORT.

Bina rapport dengan prospek anda. Jika susah nak faham rapport, ingat sahaj membina silaturrahim. Kenali pelanggan anda, kenapa mereka memilih  produk yang anda jual, kenapa kenalan anda mahu mengetahui lebih tentang perniagaan yang anda lakukan. Bagaimana anda boleh membina rapport dengan kenalan facebook anda? Again jangan asyik cerita menjual produk sahaja (hard sell) orang akan tidak berminat... Cara yang paling mudah membina rapport adalah mendengar dengan baik dan bercerita topik yang sama minat dengan prospek sebagai contoh cerita tentang pengalaman ibu yang menjaga anak-anak demam atau sebagainya. 


#2 TUNJUKKAN ANDA AKTIF DALAM PERNIAGAAN. 

Zaman sekarang merupakan zaman informasi di hujung jari. Manusia zaman sekarang tidak pernah lekang dek smartphone masing-masing sudah tentu juga kawan-kawan serta kenalan samada di alam nyata atau alam maya. Mereka akan melihat setiap apa yang kita share dalam facebook. Jika anda banyak berkongsi perkara-perkara yang menatif maka anda akan kehilangan prospek dalam membina network. Kongsikan aktiviti perniagaan anda mungkin 2 atau 3 kali sehari dengan perkongsian yang berbeda pendekatannya. Kerancakkan anda berniaga akan membuatkan mereka terputik minat untuk tahu lebih lanjut lagi. 


#3 BINALAH KEJAYAAN DIRI WALAUPUN KECIL.  

Menarik orang lain masuk dalam bisnes yang anda lakukan, mereka akan lebih tertarik dengan pencapaian anda dalam perniagaan walaupun ianya mungkin tidak seberapa. Contoh memenangi cabaran bulanan, suku tahun dan tahunan. Ambillah peluang untuk mencipta kejayaan demi membina network yang baik. 

Akhir Kalam, semoga perkongsian ini dapat digunakan demi membina network dalam perniagaan yang anda pilih dan dapat juga dikongsikan kepada rakan-rakan lain yang berada dalam dunia perniagaan.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa anda perlu pilih bisnes yang patuh syariah? sila click di sini.

Nak berjinak dengan bisnes yang simple. Sila click di sini.