Friday, 19 August 2016

3 SEBAB KEGAGALAN WALAUPUN ADA COACH


Menjalankan apa jua perniagaan bukanlah satu perkara yang mudah. Ramai yang membuat bisnes dan ramai juga yang menemui jalan buntu dalam kemajuan. Jika kita tanya kepada mereka yang gagal di luar sana, adakah mereka mempunyai coach? Saya yakin masih ramai yang masih belum mempunyai coach perniagaan mereka.

Jika di setiap kejayaan suami, pasti ada seseorang yang berada di belakangnya begitulah juga dalam bisnes yang anda lakukan. Setiap kejayaan yang dicipta dalam apa jua bidang sekalipun pasti memerlukan seorang coach, mentor, leader atau trainer dan sebagainya.Kebiasaannya mereka ini lebih berpengalaman luas dalam bidang yang anda lakukan dan berkebolehan untuk melihat bisnes anda secara keseluruhan. 

Tetapi kenapa masih ramai yang gagal walaupun mempunyai coach? 

Berikut adalah 3 perkara yang akan membawa kepada kegagalan walaupun mempunyai cik coach:


#1 JANGAN CARI CIK COACH APABILA ADA MASALAH. 

Sekiranya anda lebih gemar belajar dengan kegagalan demi kegagalan, jangan cari cik coach. Apabila ada masalah, jangan cari cik coach. Dalam bisnes, anda sememangnya memerlukan seorang yang mahir yang boleh mendengar masalah anda dengan betul. 

Perlu diingat, bahawa peranan cik coach adalah untuk membimbing anda agar menjalankan aktiviti perniagaan dengan betul. Dia lebih tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dalam perniagaan. Bincanglah dengan cik coach anda apa yang anda mahukan, matlamat, strategi, taktik, masalah dan segala apa jua yang anda risaukan. 

Padangan cik coach ini mungkin berbeza dengan anda, sebab anda adalah pemain dan cik coach berada di luar padang melihat corak permainan mainan yang anda mainkan. Sebab itu biasanya coach lah yang akan menjerit di luar padang membetulkan corak permianan anda.   


#2 JANGAN DENGAR ARAHANNYA. 

Sekiranya anda mahu gagal walaupun mempunyai cik coach, jangan dengar arahannya. Perkara yang paling susah dan berat sekali dengan cik coach adalah ikut arahan cik coach. Dia lebih tahu apa segala pantang larang dalam perniagaan anda. Dia akan memantau kita mengikut disiplin dan tertib yang mungkin susah demi kejayaan.Kejayaan memerlukan minda yang kuat, semangat yang kental dan akal yang smart.  

Jika seseorang itu mula melawan arahan cik coach, maka besar kemungkinan   dia akan menempa lebih banyak kegagalan dalam perniagaan. 

#3 SOMBONGLAH APABILA DAH BERJAYA 

Apabila sudah berjaya, takut-takut terdetik sedikit sifat riak dan sombong, seolah khidmat cik coach cukup sampai di sini sahaja. Mula lah nak membelakangkan dan mengata segala kelemahan dan kesilapan cik coach. Tindakan itu akan membawa anda ke jalan asal di mana anda bermasalah seperti dulu, anda mungkin boleh terjebak dalam roda kehidupan iaitu adakala di atas dan adakalanya di bawah. Tidak salah jika kita menghormati cik coach yang telah berjasa membantu kita berjaya. 

khir kalam sekiranya anda masih belum mempunyai cik coach, carilah coach kejayaan anda. Insya Allah anda akan lalui banyak pengalaman baru dalam perniagaan. Dan sekiranya anda sudah mempunyai coach, jangan lakukan 3 perkara di atas tadi.

Semoga anda berjaya dalam perniagaan yang anda lakukan.  

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom buat easy business dengan Qaseh Gold. Sila click di sini.