Friday, 29 July 2016

TIP MENJUAL



3 TIPS RINGKAS MUDAH MENJUAL

Menjual mungkin masih belum  menjadi satu kelaziman bagi mereka yang baru menceburkan di dalam bidang samada jualan atau perniagaan. Tetapi persoalannya adakah menjual itu susah? Samada menjual nasi lemak, cendol, baju bundle, makanan kesihatan dan lain-lain. 

Kadang-kadang kita melihat orang menjual nasi lemak di kampung Baru, nampak seolah menjual nasi lemak lebih senang daripada menjual apa yang kita jual.  Tampak seperti bisnes orang lebih mudah berbanding dengan bisnes yang kita buat sekarang. Pernahkah anda terfikir dan rasa begitu? 

Baiklah orang kata : 'hujan emas di negeri orang hujan batu batu di negeri sendiri.' Jika kita berperasaan begitu, maka menjual apapun dalam dunia ini tetap rasa susah, tidak mudah. percayalah. Ini bukan masalah produk tetapi lebih cenderong kepada maslaah persepsi atau sikap. Bila cerita masalah sikap atau persepsi ni, jangan lah cepat sentap, relax dan cool je.

Baiklah, di sini saya nak kongsikan bersama anda beberapa tip menjual mudah :

#1 KAJI KEKUATAN PRODUK ANDA. 
Lazimnya kita lebih gemar  mengkaji produk orang lain sehingga tak terkaji kekuatan produk sendiri. Apabila mengkaji produk kita, bukanlah sekedar mengkaji kehebatan ciri-ciri produk sahaja tetapi kajilah manfaat dan keunikan produk yang anda jual. Sebab pelanggan kita hanya mementingkan manfaat produk berbanding dengan ciri-ciri produk itu sendiri. Duduk dan carilah sehingga manfaat produk yang anda jual sehingga jumpa. 

#2 JIKA MENJUAL IA MENJADI MUDAH.
Kenapa dirasakan menjual itu susah, seolah tidak boleh pergi jauh? Ini adalah disebabkan mereka tidak menjual. Sebagai contoh jika anda berniaga makanan, bagaimana nak mudah jika kedai asyik tutup. Maka income pun menjadi ciput, apabila income ciput hati pun rasa gelisah tidak keruan maka tercetuslah di benak fikiran dan perasaan bahawa menjual itu tidak mudah. Ya lah jika tidak menjual, masakan nak dapat pulangan. Jika tidak bercucuk tanam masakan boleh dapat hasil tuaian! Minda kita akan lebih fokus kepada mencari alasan demi alasan bukan jalan penyelesaian.  

#3 KENALI SEGMENTATION PASARAN ANDA.
Dalam jualan tiada istilah satu produk adalah produk untuk. Jika anda buat macam tu, anda akan jumpa jalan sukar dalam perniagaan sebab tidak tahu mana satu nak fokus sebagai contoh Domino Pizza & Pizza Hut, meraka mempunyai segmentation pasaran yang berbeza.  Dalam bidang jualan, kita perlulah tahu apakah keperluan bakal pelanggan kita dahulu sebagai contoh jika nak jual produk anti jerawat, mula-mula perlu lah tahu golongan mana yang ada masalah jerawat, lingkungan umur, lelaki atau perempuan, siapa yang ada kuasa membeli dan sebagainya. 

Sekiranya anda mempunyai segmentation pasaran, maka sasaran dan aktiviti jualan anda pasti lebih MUDAH. 

Selamat mencuba dan semoga berjaya...

* Nak Ikut siri latihan saya?  sila layari  di www.Qaseh2u.com.my