Thursday, 13 October 2016

3 CARA MUDAH HILANGKAN RASA TAKUT DALAM BISNES



Setiap orang tidak dapat dinafikan mempunyai perasaan takut lebih-lebih lagi jika kita berada dalam dunia perniagaan samada kecil-kecilan mahupun besar-besaran. Antara senario ketakutan yang popular adalah seperti takut orang tidak beli, takut pelanggan marah, takut orang lain kecil hati, takut bisnes bungkus, takut hilang kawan-kawan dan macam-macam lagi. 

Perasaan takut dalam bisnes memanglah menjadi satu perkara yang lumrah, samalah juga rasa takut ketika berada di tempat tinggi walaupun tubuh dilengkapi dengan carabena atau tali yang mampu menampung berat sebuah lori, kita masih punyai rasa takut. Jadi adakah rasa takut ini akan hilang dengan sendirinya ataupun ia akan melarat kepada penyakit hati yang lain. Adakah ia lebih memberi manfaat atau memudharat? 

Baiklah mari kita lihat 3 Cara mudah untuk menghilangkan rasa takut dalam bisnes :    



#1 TAMBAH ILMU

Kebiasaannya hanya orang yang jahil sahaja yang mempunyai rasa takut yang lebih-lebih sebagai contoh jika masih jahil tentang ilmu penyampaian, maka penyampaian di depan pelanggan pun ke laut, rama-rama pun banyak dalam perut. Jika tidak mahir selok belok bisnes, maka perasaan takut gagal pun jadi tebal. Maka apa yang perlu kita lakukan adalah cari ilmu, mahirkan diri dengan area-area yang anda masih lemah lagi. Jangan berlagak pandai seperti sudah pandai. Ia akan memusnahkan bisnes anda. 



#2 UBAH PERSEPSI ANDA

Ketakutan juga merupakan satu persepsi negatif terhadap sesuatu. Sebagai contoh kita tidak takut dengan kubur sekiranya kita pergi pada waktu siang atau terang, tetapi anehnya kita menjadi kecut apabila pergi ke kubur seorang diri pada waktu malam yang gelap. 

Persepsi gelap, sunyi dan seorang diri lah yang menjadikan kita rasa seram dan takut, bukan kubur itu yang kita takut. Samalah halnya dengan bisnes, sekiranya seseorang berada di bawah atau perniagaan yang mengecut, seseoranng itu lebih rasa takut. Dalam hal ini  apa yang anda perlu adalah ubah persepsi diri teruskan fokus anda pada kerja dan usaha. 



#3 LUPAKAN KISAH KETAKUTAN SILAM ANDA

Sekiranya seseorang itu mempunyai banyak kisah takut dan seram semasa silamnya, maka kebarangkalian besar hidupnya sekarang banyak dibelenggu perasaan takut yang sangat melampau. Tanpa disedari sebenarnya pengalaman masa silam seperti inilah yang  mengawal hidup kita. Saya ambil contoh kisah diejek ; " Ayoyok tak tahu dia buat..." Adalah pengesahan dalaman yang selalu kita dengar tiap-tiap hari semasa di sekokah dahulu. Akhirnya apabila besar kita, waimma hedak membuat keputusan pun asyik-asyik takut orang lain kecil hati atau terguris. 

Antara cara yang mudah untuk menghilangkan ketakutan silam adalah dengan menggunakan kaedah Timelime Therapy : Pemadam Ketakutan. 

Akhir kalam semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini. All the best. 

Thursday, 22 September 2016

3 SEBAB KENAPA INCOME LEBIH



Semua orang kalau boleh nak lebih, nak kuah lebih, nak sayur lebih, nak ayam lebih, nak udang lebih, nak masa tidur lebih, nak anak lebih dan termasuklah nak income lebih. Nak lebih adalah lumrah manusia yang mempunyai nafsu dan keinginan, semua golongan tidak kira tua atau muda. 

Kepada yang sedang berusaha untuk dapat income lebih tu, anda memang sudah membuat pilihan yang tepat, teruskan usaha anda sehingga berjaya. Tetapi kepada yang belum tahu bagaimana dan kenapa perlu buat income lebih tu, bolehlah ambil tahu 3 ALASAN kenapa dan sudah tentu dengan jalan dan cara yang betul. 


#1 KOS SARA HIDUP SEMAKIN MENINGKAT

Terlalu banyak faktor kenapa kos sara hidup semakin naik dari masa ke semasa, antaranya kadar Ringgit yang jatuh berbanding dengan US Dollar, Harga minyak dunia yang naik turun, caj GST yang mana menjadi sebab harga barangan meningkat dan sebagainya.

Nilai barang-barang atau perkhidmatan akan naik disebabkan chain effect daripada kenaikan barang-barang asas seperti yang saya katakan sebelum ini. Akibatnya, kita merasakan duit kita tidak mencukupi setiap bulan.

#2 SIMPANAN ANDA SEMAKIN MENGECIL

Nilai simpanan kita sebenarnya semakin menyusut akibat kadar inflasi yang semakin meningkat. Duit simpanan hari tua kita di KWSP sebenarnya tidak lah berkembang pesat akibat kenaikan kadar ini tambahan pula dengan kadar keuntungan yang tidak menentu. Begitu juga dengan wang simpanan bulanan yang kita simpan. 

#3 LEBIH CEPAT ANDA BOLEH MELABUR 

Orang yang hanya mengharapkan gaji bulanan semata-mata berkemungkinan besar agak susah untuk memulakan investment planning mereka melainkan mereka mempunyai disiplin menyimpan yang tinggi setiap bulan. Oleh sebab itu saya sarankan carilah income tambahan untuk simpanan pelaburan anda. Lebih cepat anda cari dan kumpul, maka lebih cepatlah anda boleh memulakan program pelaburan anda. Pelaburan inilah yang akan menjana passive income anda yang setia suatu masa nanti, ibarat mesin cetak duit yang sentiasa memberikan pulangan kepada anda.  

Jadi, berusahalah untuk mendapatkan income yang lebih lagi, jangan mengharapkan kepada gaji sahaja. Masa depan anda anda keluarga anda bergantung kepada usaha anda sekarang. 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang Cash Flow Management, jom join kami untuk 

                CASH FLOW MANAGEMENT PROGRAM
                9 OCTOBER 2016 (AHAD) 
                DI HQ ANA EDAR SDN BHD
                GREENWOOD GOMBAK
                011 2360 3795 (En Nasri)

Wednesday, 21 September 2016

3 SEBAB KENAPA BERFIKIR NEGATIF DIHARAMKAN DALAM BISNES



Untuk maju dalam perniagaan, kita semua perlu fikir, rasa dan bertindak positif bukan negatif. Ramai pakar motivasi dan tokoh usahawan mengajak kita berfikir positif walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Ya kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua topik agak sensitif ini yang mampu membuat orang tersentap. Sebelum itu saya tegaskan di sini bahawa topik ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati dan tiada kena mengena dengan sesiapa sekali pun. Ia hanya sekadar pengalaman hidup serta pengamatan saya dalam dunia niaga. 

Mungkin anda nak tahu dengan lebih khusus apakah perkara yang dikatakan negatif  dalam dunia  perniagaan, samada sedar ataupun tidak antara contoh perkara negatif yang sering berlaku adalah seperti mengata di belakang, mengumpat, merajuk, merungut. cemburu dengan kejayaan orang lain, dengki, bermuka-muka, mengadu domba dan macam-macam lagi. Berada di dalam kasut negatif bukan sesuatu yang menguntungkan kita, malahan sangat merugikan. 

Ada yang bertanya, apa salahnya jika mengata, apa salahnya jika merungut atau apa sekalipun itukan hak masing-masing, asalkan kita puashati!. Ya saya setuju dengan pendapat itu tetapi saya nak kongsi bersama di sini 3 SEBAB kenapa seorang peniaga itu tidak boleh nagatif. Teruskan membaca...


#1 SEGALA JALAN DAN USAHA MENJADI BUNTU

Cuba perhatikan orang yang sentiasa nagatif, mereka sukar mencari jalan bagaimana nak maju dalam perniagaan yang mereka buat. Segala usaha mereka tidak menjadi. Sehari orang tidak singgah di gerai mereka, mereka fikir dan rasa bisnes mereka sudah tiada harapan, mereka fikir ini mesti ada orang yang dengki dengan mereka, mereka asyik menyalahkan orang lain dan sebagainya. Akhirnya mereka terperangkap dengan segala kegagalan yang silih berganti. 


#2 IA MENJADI BEBANAN YANG SEMAKIN BERAT

Semakin banyak seseorang itu bercerita dan bersembang nagatif, tanpa disedari bebanan diri semakin berat. Ia tidak akan selesai di situ sahaja sebagai contoh rasa tidak puashati, akan menyebabkan mereka kepada rasa benci, rasa marah, rasa letih, lesu, buntu dan bermacam-macam lagi rasa . Perasaan ini semakin lama semakin membebani jiwa dan raga. Manusia jenis ini sering tertekan dan akhirnya mungkin jatuh sakit. Hidup mereka juga tidak aman dan sentiasa tegang. Nak berniaga pun muka ketat apatah lagi nak kenal atau buat rapport dengan pelanggan, memang jauh sekali.


#3 IA MEMBUANG MASA BINSES SAHAJA

Sebab saya haramkan negatif dalam perniagaan adalah antaranya ia sangat membuang masa dan tenaga kita sahaja sahaja. Sebagai contoh disebabkan marah kepada pengguna jalan raya yang tidak reti bahasa kita mungkin mengambil masa satu jam untuk bercerita, tak puashati dengan orang lain,kita mungkin mengambil masa satu jam lagi untuk mengata. Kan dah dua jam masa kita hilang. Bukan masa kita sahaja, tetapi masa orang lain juga hilang. Sesunggunya masa itu emas, sekiranya anda memberikan masa sehari dua jam untuk aktiviti perniagaan seperti merancang, membuat pemasaran online dan sebagainya, mungkin nasib bisnes anda menjadi lebih baik. 


Akhir kalam, apa yang sebaiknya adalah bercerita tentang peluang bagaimana nak majukan perniagaan. Bergosiplah dengan perkara-perkara positif sebab ia memberikan jalan dan peluang untuk lebih maju dalam perniagaan. Segala masalah boleh selesai jika kita lebih bersikap positif. 

Sekian terima qaseh kerana membaca... 

Tuesday, 20 September 2016

NAK INCOME CEPAT : INI CARA NYA.


Semua yang berniaga pasti nak cepat berjaya, pasti nak cepat kaya, nak senang cepat, jika boleh semuanya dalam waktu yang singkat. Baik menjual kuih muih, nasi lemak di tepi jalan, bisnes online, jual kereta maupun bisnes MLM. Keinginan untuk meraih dengan cepat ini adalah berkemungkinan desakan kewangan maupun naluri sendiri. Walaupun apa pun ia tidak salah asalkan tidak tertipu dengan skim-skim cepat kaya dan sebagainya.

Persoalannya, bolehkah bisnes yang anda buat menjana income degan cepat dan pantas? bagi saya apa jua bisnes boleh jadi cepat sekiranya faham 3 perkara berikut ;


#1 CEPAT-CEPAT TAMBAH ILMU

Berniaga memang perlukan ilmu yang tinggi, ini apa yang dikatakan sebagai practical knowledge. Menjana income dengan pantas anda perlukan penguasaan yang tinggi dalam bidang-bidang yang penting. Penguasaan itu memerlukan ilmu yang tinggi seperti ilmu tentang produk yang anda jual, ilmu tentang perancangan, ilmu pemasaran, ilmu membina network, ilmu cash flow, ilmu mengekalkan pelanggan setia dan macam-macam lagi. Lebih cepat anda mahir sesuatu ilmu maka lebih cepatlah anda boleh bergerak ke langkah yang seterusnya dalam membina income pantas.  

Walaubagaimana jika hendak mahir ilmu dengan pantas, kita kenalah patuh kepada guru jangan melawan. Jika melawan segala ilmu yang dipelajari akan hilang.   


#2 CEPAT-CEPAT RESOLVE PROBLEM DAN TERUS BERGERAK KE HADAPAN

Setiap orang tidak terlepas daripada cabaran serta masalah samada masalah rumahtangga, kerja, peribadi dan lain-lain lagi yang mungkin mengganggu perjalanan aktiviti bisnes anda. Sekiranya anda mempunyai masalah, maka cepat-cepat lah selesaikan atau buat keputusan jalan penyelesaian  yang difikirkan baik. Jangan keliru, apa yang saya maksudkan di sini bukan semestinya selesai masalah baru nak fokus pada bisnes. Yang saya maksudkan adalah jika tidak boleh selesai, buat keputusan jalan penyelesaian pun dah cukup baik, barulah kita boleh fokus kepada bisnes.


#3 CEPAT-CEPAT BUAT AKTIVITI BISNES YANG PERLU ANDA BUAT

Apabila ke dua-dua perkara di atas anda sudah faham, maka seterusnya nak tunggu apa lagi? mulakan sahaja tindakan yang perlu anda lakukan dengan segera seperti planning, pemasaran, coaching, sharing, perkhidmatan dan lain-lain. Orang yang berjaya melakukan segala tugasan mereka dengan pantas tidak perlu fikir lama-lama. Mereka faham tentang risiko, jika terlalu takut dengan risiko, sampai bila-bila pun kita tidak akan buat. 

Apa jua bisnes yang anda lakukan, sekiranya dilakukan dengan CEPAT DAN TEPAT, Insya Allah akan membuah hasil yang  cepat dan lumayan.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, 19 September 2016

KETAHUI 3 SEBAB KENAPA PELANGGAN LARI.



Masalah yang paling ditakuti oleh seorang peniaga adalah kehilangan pelanggan setia. Persoalannya, adakah mereka tidak lagi menggunakan produk yang sama atau mereka cuma membeli daripada peniaga yang lain? Saya ambil contoh membeli ikan atau sayur di pasar tani, ada pelanggan hanya membeli di gerai yang sama dan ada juga yang membeli di gerai yang berlainan walaupun beli barang yang sama. 

Ya pelanggan kita sebenarnya masih menggunakan produk yang sama, cuma mereka membeli daripada orang lain. Walaupun itu aya itu hak mereka, tetapi pelanggan-pelanggan setia perlu dibina sebab jika tidak dibina dikhuatiri bisnes tidak mampu bertahan lama. 

Sebelum berpanjang lebar cerita tentang membina pelanggan setia, jom kita ambil tahu dahulu kenapa pelanggan lari. Pelanggan anda tidak mungkin lari melainkan 3 SEBAB berikut ;


#1 APABILA PENIAGA TIDAK KENAL PELANGGAN.

Ramai orang yang berniaga tidak mengenali pelanggan mereka dengan lebih mesra. Mereka sekadar membeli mengguna produk anda sahaja, tidak lebih daripada itu.  Kenalilah mereka sedikit-demi sedikit, sekurang-kurangnya ambil lah tahu kenapa mereka menggunakan produk yang anda, nama mereka, tempat tinggal mereka dan lain-laina lagi. Kemesraan menghasilkan kejelikatan persuadaraan sesama. 


#2 APABILA SEMUA PENIAGA SAMA SAHAJA TIADA BEZA. 

Apabila membeli produk jenama Q tiada beza samada membeli daripada  peniaga A atau B, maka bisnes kita mungkin akan terancam. Binalah satu nilai tambah dalam perkhidmatan yang anda lakukan untuk mencari kelainan dalam perkhidmatan jualan. Kita ambil contoh kenapa orang lebih serasi dengan doktor di klinik tertentu? itulah kehebatan value added service yang ditawarkan oleh sesetengah doctor.   



#3 APABILA PERKHIDMATAN TIDAK MEMUASKAN. 

Apabila peniaga atau rakaniaga gagal memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan, pelanggan pun akan cabut lari. Jangan sesekali membuat transaksi niaga tanpa berkokunikasi dengan mereka. Ambil tahu kenapa pelanggan memilih produk anda, bagaimana kaedah pemakanan yang betul, membuat follow up selepas beberapa hari pelanggan mengambil produk anda. Apabila anda berkomunikasi dengan mereka, mereka sudah pasti rasa puashati sebab perkhidmatan anda memang berbeza dengan orang lain.


Akhir qalam, saya doakan anda tidak melakukan tiga perkara di atas dan dapat menjaga pelanggan masing-masing. Semoga berjaya. 

Saturday, 10 September 2016

BERITA BAIK! UNTUK YANG ADA MASALAH CONSISTENCY : GUNAKAN 3 CARA MUDAH INI



Beza antara orang gagal dan berjaya adalah consistency. Orang yang gagal melakukan kerja tidak atau kurang consistent berbanding dengan orang yang berjaya. Tidak kira di dalam apa jua bidang baik penjagaan kesihatan, kerjaya, perniagaan, perhubungan dan lain-lain. Melakukan kerja dengan istiqamah atau consistent menjadi satu task yang sangat mencabar dalam dunia, bagi saya ia lebih mencabar daripada berdepan dengan seokor harimau yang lapar. 

Baiklah masalah consistency ini jika tidak diurus dengan baik, ia akan menjadi parasit kepada kejayaan kita. Walaupun ia nampak seperti biasa tetapi kesannya sangat negatif. Untuk melakukan sesuatu dengan lebih consistent lakukanlah 3 tip ringkas berikut: 

  
1. Buat lah Perkara Yang Senang-Senang Dulu.

Ingat perkara yang mudahpun akan menjadi payah jika sekajap buat sekejap tidak. Jika anda sudah belajar tetapi kurang beramal perkara mudah pun boleh jadi complicated. Maka untuk memudahkan sesuatu tugasan, biasakanlah dengan melakukan perkara-perkara yang senang dahulu, sebagai contoh kita tahu untuk berjaya dalam bisnes online, kita perlu membuat lebih kurang lima kali posting sehari, tetapi memadailah dengan permulaan 2 atau 3 kali sehari posting dan copy writing yang ringkas sahaja dahulu. Lama kelamaan, barulah ia jadi mudah dilakukan secara consistent.  


2. Buat Awal-Awal Jangan Tunggu Minit-minit Terakhir.

Sikap suka bertangguh juga akan membantutkan usaha untuk melakukan sesuatu usaha secara consistent. Perancangan yang baik amat membantu di dalam hal ini. Untuk lebih consistent, lakukanlah sesuatu tugasan di awal waktu jangan tunggu last minit baru nak buat. Melakukan sesuatu di saat-saat terakhir, akan menjadikan seseorang itu rasa tekanan di tahap yang tinggi dan besar kemungkinan menemui jalan kegagalan.  


3. Terokailah Kesannya : Your Pain & Gain 

Apabila kita sudah tahu pain and gain dalam usaha kita, maka beristiqamahlah untuk melakukan sesuatu yang betul secara consistent sehingga berjaya. Fikirkan apakah kesakitan atau kerugian jika kita tidak dapat membuat perkara yang patut kita buat secara berterusan. sebagai contoh tidak dapat membuat posting di facebook selama dua minggu akan menyebabkan anda kehilangan pelanggan yang ramai. Serta fikirkan apakah hasil yang akan anda kecapi sekiranya anda mampu melakukan sesuatu secara beretrusan. Hebat bukan! 

Akhir qalam, semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk melakukan sesuatu kerja dengan lebih istiqamah demi kejayaan anda dalam hidup mahupun dalam bisnes. 

Tuesday, 30 August 2016

BOSAN BELAJAR : RAMAI DAH BERJAYA DENGAN 3 CARA MUDAH INI.

 



Belajar kerana terpaksa menjadi penyumbang utama rasa bosan. Begitu juga dengan penyampaian guru yang kurang menarik dan topik perbincangan yang tidak kena. Penyakit bosan belajar ni seolah menjadi satu perkara biasa dalam hidup kita. Ada juga orang yang belum datang kelas dah bosan. 

Seriuskah penyakit bosan belajar ini? Ya ia ibarat sakit kencing manis, mampu memusnahkan kehidupan seseorang. Apabila belajar menjadi bosan, tunggulah saat kejatuhan. Tidak kira dalam apa juga bidang sekali pun seperti jualan, latihan, masakan, pengurusan dan lain-lain lagi. 

Tapi walau apa pun, jika kita rasa bosan, maka kitalah yang perlu berubah sebab jika kita tidak belajar, kita lah yang akan rugi banyak ilmu yang berguna. Kepada sesiapa yang ada penyakit rasa bosan tu, cuba 3 cara simple ini : 


#1 Betulkan Niat Belajar

Cuba periksa semula niat atau matlamat anda belajar. Adakah anda benar-benar mahu belajar atau sebab nak mencari kelemahan guru. Apa yang anda pilih itulah yang anda dapat. Sekiranya anda tidak dapat memahami yang anda pelajari, itu adalah pilihan masing-masing. Sebab itu orang kata, malu bertanya sesat jalan. Jika niat belajar itu betul, Insya Allah ilmu itu lebih mudah dipelajari, walaupun anda hadir berkali-kali seperti kita belajar ilmu fardu a'in. 


 
#2 Beri Tumpuan Sepenuhnya Semasa Belajar 

Masalah utama pembelajaran adalah tidak fokus dengan apa yang disampaikan. Masalah ini bukan sahaja dialami oleh pelajar sekolah, bahkan yang dewasa pun sama. Sekiranya kita suka memberi alasan kelas boring dan lain-lain maka kita sudah pasti rasa bosan sepanjang zaman! Bagaimana nak beri tumpuan yang tinggi terhadap pembelajaran? cuba guna teknik ini. Setiap point yang diajar anda kata "oh begitu, Wow hebatnya! kenapa boleh jadi macam tu, lepas tu apa jadi" dan sebagainya. Insya Allah anda akan lebih fokus.   



#3 Kaitkan Point Dipelajari Dengan Kehidupan Sebenar
  
Jadikan apa yang pelajari sesuatu yang praktikal. Semua itu terpulang kepada anda, sebagai contoh jika anda sedang manghadiri program teknik jualan, maka kaitkanlah dengan bidang jualan yang anda ceburi. Kemahiran ini ramai yang tidak boleh buat. Jika di sekolah, murid yang bijak selalu buat teknik ini sebab itu mereka lebih rasa fun bila belajar. Jika ambil bulat-bulat sudah tentu belajar menjadi bosan, kan dah buang masa belajar seharian. Siapa yang rugi?

Baiklah akhir kalam, saya mendoakan semoga anda boleh menggunakan 3 cara mudah ini dalam pembelajaran anda. Jika kita berilmu, kita lebih mudah berjaya dan kita mampu menguasai dunia. 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Nak kekal bertenaga sepanjang hari? sila klik di sini.

Nak belajar menjual dengan hebat? sila klik di sini sekarang.

Sunday, 28 August 2016

MINDA BAWAH SEDAR : 4 PERKARA YANG ANDA WAJIB TAHU.


Minda Bawah Sedar atau di dalam bahasa Inggeris disebut Sub Conscious Mind merupakan bahagian minda yang banyak mengawal majoroti kehidupan kita. Apabila saya tanya peserta dalam program Mind Mastery Program, sehari berapa kalikah mereka berfikir, mereka menjawab setiap waktu mereka berfikir. Tetapi sebenarnya kita silap sebab banyak benda dalam hidup kita tidak memerlukan daya fikir. Sebagai contoh, apabila anda melihat bayi menangis, apa yang anda akan lakukan? anda akan pujuk dia dan berkata : "ala buchuk buchuk sayang ni" dan anda akan berikan dia botol susu, begitulah juga apabila anda memasuki kenderaan, anda akan terus melakukan perkara yang selalu anda buat seperti menghidupkan enjin, hidupkan air cond, betulkan cermin belakang dan sisi-sisi dan lain-lain lagi. Adakah anda masih perlu berfikir untuk melakukan perkara-perkara berikut atau ia berlaku secara automatik?     

Perbuatan yang automatik itu sebenarnya adalah di dalam kawalan Minda Bawah Sedar kita. Pada kali ini saya ingin mengajak anda mendalami apakah komponen-komponen yang terdapat di dalam minda bawah sedar yang perlu anda tahu, antaranya adalah ; 


#1 NAFSU

Nafsu meliputi baanyak sudut seperti nafsu makan, nafsu tidur, nafsu main, nafsu marah, nafsu seks dan macam-macam lagi. Nafsu merupakan keinginan yang kita miliki sebagai contoh nafsu memiliki kereta idaman, rumah yang besar, isteri yang cantik macam cik lopah dan macam-macam lagi.  Lawan kepada nafsu adalah akal. Seorang wanita mungkin mempunyai nafsu yang lebih berbanding dengan lelaki, sebab itu yang selalu nak tukar lagsir atau perabot adalah isteri berbanding dengan suami. Adakah nafsu ini boleh dikawal secara sedar? Jawabnya adalah ya. 
Nafsu makan terdidik dengan kita berpuasa tetapi kenapa masih ramai anak-anak muda yang tidak berpuasa di bulan Ramadan? Itu nama kalah dengan turutan nafsu. Nasfu perlu disiplin yang kuat untuk dibentuk kepada yang lebih baik. 

#2 TABIAT 

Perkara yang tidak biasa kita buat, pada permulaannya amat sukar untuk kita lakukan sebagai contoh memberi greeting kepada anak atau pasangan setiap hari. Kenapa sukar? sebab belum menjadi tabiat. Apabila kita buat setiap hari, maka ia akan menjadi mudah.

Samada baik atau tidak baik, apabila tabiat sudah terbentuk maka ia akan mengawal kehidupan kita baik kita suka atau tidak. Pada masa itu seolah kita tiada pilihan. 


#3 EMOSI

Di sini juga terletak emosi dan manusia adalah antara mahluk yang mempunyai emosi kuat. Rasa sedih atau gembira antara contoh yang paling mudah. Emosi ini kebiasaannya berbentuk peribadi, contoh ada orang menonton cerita Dilwale atau  Ombak Rindu mampu menitiskan air mata. Itulah antara penangan emosi yang terletak di minda bawah sedar. Perasaan ini akan datang secara semula jadi.  
Sekiranya kita menggunakan emosi untuk kebaikan maka kita akan lebih cepat berjaya. Sekiranya kita gunakan emosi untuk kejahatan, maka seseorang akan lebih cepat musnah. 


#4 GEDUNG MEMORI HIDUP ANDA

Perkara seterusnya yang saya nak kongsi bersama anda adalah di minda bawah sedarlah terkumpulnya segala pengalaman hidup yang kita semua lalui. Ia tidak hilang sedikit pun, tetapi hanya tersimpan di gedung memori kita sahaja. Apabila kita memerlukannya kita hanya perlu buat carian, jika mahu lebih buat carian gunakan teknik atau linggo Minda Bawah Sedar.   

Baiklah sebagai rumusan, kita semua tahu bahawa banyak perkara dalam hidup ini telah dikawal rapat oleh minda bawah sedar ini, cuba anda bayangkan jika seseorang itu mempunyai masalah takut dalam berniaga, tahukah mereka bagaimana nak reset minda bawah sedar untuk atasi rasa takut?. fikir-fikirkan..   

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nak tahu lanjut tentang Minda Bawah Sedar, jom ke Mind Mastery Program? Sila klik di sini. 

Thursday, 25 August 2016

RASA BERSALAH DALAM BISNES : 3 CARA BAGAIMANA ATASINYA DENGAN MUDAH




Rasa serba salah untuk berkata benar, rasa serba salah untuk bertindak dan macam-macam lagi rasa serba salah  akan membantutnya segala usaha murni anda di dalam hidup lebih-lebih lagi dalam dunia perniagaan. Sebagai contoh hendak membuat posting di face book takut nanti orang kecil kecil hati, hendak membuat pertemuan dengan rakan seperjuangan anda, takut ada orang sentap, hendak memberi pandangan takut orang lain kecil hati. Semuanya ibarat kata pepatah 'ditelan mati emak, diluah mati bapak'

Apabila rasa bersalah menebal, maka rasa sedih pun datang menyelubungi diri. Akhirnya segala apa yang dirancang tergendala. Siapa yang rugi? diri sendiri juga yang rugi. Di dalam istilah psikologi masalah ini dinamakan assertiveness, kebolehan berkata tidak kepada orang lain. Satu masalah umum yang  dihadapi oleh masyarat bukan sahaja di Malaysia tetapi satu dunia.

Berikut adalah beberapa cara bagaimana anda boleh menghilangkan rasa bersalah dalam perniagaan dan kehidupan seharian :



#1 TIDAK MENGAMBIL HAK ORANG LAIN. 

Secara amnya apa yang membuatkan seseorang itu rasa bersalah adalah apabila mereka buat salah atau mengambil hak orang lain. Sebagai contoh mencuri database pelanggan kawan, cross sell kawan punya pelanggan dan lain-lain. Orang yang mengambil hak orang lain ini biasanya hidup tidak tenteram. 

Garis panduan tentang tidak mengambil hak orang lain dalam perniagaan juga telah dijelaskan dalam Islam secara nyata sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud :   

"Wahai orang-orag yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku suka sama suka di antara kamu.." (An Nisaa 4:29)


#2 JANGAN RISAU PASAL ORANG LAIN, FOKUS PADA DIRI SENDIRI DAHULU.

Setiap tindakan anda tidak akan boleh memuaskan hati semua orang sebab setiap orang mempunyai hak untuk memiliki pandangan dan persepsi sendiri. Lakukan asalkan ia benar dan berani kerana benar. 

Sikap terlalu memikirkan pasal orang lain akan menjadi hidup kita lemas tidak ke mana. Fikirkanlah jua tentang diri kita dan keluarga kita dahulu sebab masa itu tetap pantas berlalu. Jika kita tidak fokus pada diri kita dan keluarga kita, siapa lagi yang kita boleh harapkan?  



#3 APA JUA RESPON ORANG, ITU ADALAH HAK MEREKA.

Satu perkara lagi yang perlu anda tahu adalah reaksi atau respon orang lain itu adalah hak masing-masing, anda sedikitpun tiada kawalan ke atasnya. reaksi ini lah yang dinamakan bulatan luar kawalan atau circle of no control Jadi janganlah terlalu risau sangat. Jika mereka nak sentap, marah dan merajuk itu hak mereka. Apa yang penting anda tidak buat salah dan teruskan lagi usaha anda dalam perniagaan. Teruskan fokus dengan hak anda memajukan lagi usaha dalam bisnes anda. Jangan lah risau sebab rezeki yang kita cari itu berada di tangan Nya. 

Akhir kalam, semoga anda terus maju dalam perniagaan yang diceburi.  


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekal sihat sepanjang hari bersama produk Qaseh Gold? sila klik di sini.

Nak tahu kenapa ramai orang memilih Produk Qaseh Gold untuk seisi keluarga? sila klik di sini juga.

Tuesday, 23 August 2016

IMPIAN SUAM : 3 CARA MENGEKALKAN MOMENTUM BISNES ANDA




Setelah anda menetapkan impian, andalah yang perlu berkerja keras berusaha merialisasikan impian anda. Pada waktu yang sama anda jugalah perlu melindungi impian sebab semasa anda kecil, ramai orang yang telah mencuri impian yang sangat mahal dalam hidup anda. Jadi apabila sudah dewasa, kenapa harus kita biarkan orang lain mencuri impian kita? 

Walau bagaimanapun, banyak juga kes yang terjadi di mana kita sendiri yang mencuri impian kita. Hasilnya impian kita menjadi malap dan suam. Mengatasi masalah impian yang suam-suam ini sangat memerlukan satu i'tiqad yang bersungguh. Untuk itu, sila baca 3 cara berikut :   



#1 Berkawanlah Dengan Orang-orang Yang Positif.


Terdapat bermacam jenis manusia yang berada di sekeliling kita, ada yang hanya suka bersama ketika kita senang dan apabila susah dia menghilang. Ada yang asyik  condemn apa sahaja yang kita buat. Begitulah halnya dalam dunia niaga yang anda buat, carilah kawan dan teman yang positif kerana yang positif itu mampu membiakkan aura positifnya kepada yang lain. Apabila kita rasa positif, kita akan lebih nampak peluang daripada masalah itu sendiri.    



#2 Ta'rifkan Semula Aktiviti Perniagaan Anda.(Redifining Your Sales Activities)

Seandainya dirasa impian semakin jarang terungkap di bibir, janganlah risau dan pening kepala. Lihat lah pada aktiviti perniagaan atau jualan yang anda perlu buat dulu. Di saat ini apa yang sepatutnya anda lakukan adalah  menta'rifkan semula aktiviti jualan anda. Contoh jika anda menggunakan saluran internet, betulkan aktiviti jualan anda di dalam internet seperti posting cerita kejayaan anda, testimoni, soft selling dan lain-lain. 


#3 Kaji Semula Matlamat Anda Dalam Perniagaan (Bisnes Review)
Perancangan yang lepas perlulah dilawati semula, buat sesi muhasabah diri apa yang telah anda lakukan dengan betul sebelum ini, strategi, taktik dan lain-lain. Jika perlu ubah taktik, strategi serta cara, ubahlah demi dengan pantas agar kita berada di landasan yang betul. 


Akhir kalam, saya doakan semoga anda berjaya mengekalkan momentum perniagaan anda dengan beberapa cara di atas.  

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom buat bisnes dengan qaseh gold. Sila Klik di sini.

Anda mampu kekal bertenaga dengan Qaseh Gold! Percaya lah.. Sila klik di sini.


Friday, 19 August 2016

3 SEBAB KEGAGALAN WALAUPUN ADA COACH


Menjalankan apa jua perniagaan bukanlah satu perkara yang mudah. Ramai yang membuat bisnes dan ramai juga yang menemui jalan buntu dalam kemajuan. Jika kita tanya kepada mereka yang gagal di luar sana, adakah mereka mempunyai coach? Saya yakin masih ramai yang masih belum mempunyai coach perniagaan mereka.

Jika di setiap kejayaan suami, pasti ada seseorang yang berada di belakangnya begitulah juga dalam bisnes yang anda lakukan. Setiap kejayaan yang dicipta dalam apa jua bidang sekalipun pasti memerlukan seorang coach, mentor, leader atau trainer dan sebagainya.Kebiasaannya mereka ini lebih berpengalaman luas dalam bidang yang anda lakukan dan berkebolehan untuk melihat bisnes anda secara keseluruhan. 

Tetapi kenapa masih ramai yang gagal walaupun mempunyai coach? 

Berikut adalah 3 perkara yang akan membawa kepada kegagalan walaupun mempunyai cik coach:


#1 JANGAN CARI CIK COACH APABILA ADA MASALAH. 

Sekiranya anda lebih gemar belajar dengan kegagalan demi kegagalan, jangan cari cik coach. Apabila ada masalah, jangan cari cik coach. Dalam bisnes, anda sememangnya memerlukan seorang yang mahir yang boleh mendengar masalah anda dengan betul. 

Perlu diingat, bahawa peranan cik coach adalah untuk membimbing anda agar menjalankan aktiviti perniagaan dengan betul. Dia lebih tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dalam perniagaan. Bincanglah dengan cik coach anda apa yang anda mahukan, matlamat, strategi, taktik, masalah dan segala apa jua yang anda risaukan. 

Padangan cik coach ini mungkin berbeza dengan anda, sebab anda adalah pemain dan cik coach berada di luar padang melihat corak permainan mainan yang anda mainkan. Sebab itu biasanya coach lah yang akan menjerit di luar padang membetulkan corak permianan anda.   


#2 JANGAN DENGAR ARAHANNYA. 

Sekiranya anda mahu gagal walaupun mempunyai cik coach, jangan dengar arahannya. Perkara yang paling susah dan berat sekali dengan cik coach adalah ikut arahan cik coach. Dia lebih tahu apa segala pantang larang dalam perniagaan anda. Dia akan memantau kita mengikut disiplin dan tertib yang mungkin susah demi kejayaan.Kejayaan memerlukan minda yang kuat, semangat yang kental dan akal yang smart.  

Jika seseorang itu mula melawan arahan cik coach, maka besar kemungkinan   dia akan menempa lebih banyak kegagalan dalam perniagaan. 

#3 SOMBONGLAH APABILA DAH BERJAYA 

Apabila sudah berjaya, takut-takut terdetik sedikit sifat riak dan sombong, seolah khidmat cik coach cukup sampai di sini sahaja. Mula lah nak membelakangkan dan mengata segala kelemahan dan kesilapan cik coach. Tindakan itu akan membawa anda ke jalan asal di mana anda bermasalah seperti dulu, anda mungkin boleh terjebak dalam roda kehidupan iaitu adakala di atas dan adakalanya di bawah. Tidak salah jika kita menghormati cik coach yang telah berjasa membantu kita berjaya. 

khir kalam sekiranya anda masih belum mempunyai cik coach, carilah coach kejayaan anda. Insya Allah anda akan lalui banyak pengalaman baru dalam perniagaan. Dan sekiranya anda sudah mempunyai coach, jangan lakukan 3 perkara di atas tadi.

Semoga anda berjaya dalam perniagaan yang anda lakukan.  

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom buat easy business dengan Qaseh Gold. Sila click di sini.